Wednesday, 7 October 2009

Mansuh PPSMi atau berdepan GMP! PRK Bagan Pinang | Nizar News

Oleh:Kerengga

TELOK KEMANG, 7 Okt: Seperti dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) turun bertemu rakyat bagi menjelaskan pengkhianatan Umno terhadap bahasa ibunda, di sini.Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said malam tadi, menegaskan perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama - sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu.

Bagaimanapun, usaha memansuhkan akta itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu.

Beliau yang lebih dikenali khalayak sebagai Pak Samad berharap kempen GMP kali ini akan memberi impak yang lebih besar dalam kalangan rakyat.

Beliau juga berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengetuai Kementerian Pelajaran agar kembali meletakkan bahasa Ibunda (bahasa Melayu) pada luhur perlembagaan.

Setiausaha GMP Hasni Abbas yang ditemui kemudian memaklumkan, sukarelawan GMP akan berkampung di N31 sehingga Jumaat ini.

Mewakili Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad, Hasni telah menghantar surat janji temu kepada Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jentera Umno BN, di sini.

Selebihnya, terpulanglah kepada Timbalan Perdana Menteri itu untuk membuat perhitungan.

Jika PPSMi tidak dimansuhkan serta-merta, beliau berharap pengundi N31 sekali lagi memberi pengajaran pada parti pemerintah; sama seperti beberapa pilihanraya kecil Lalu.

Ditanya tentang mekanisma kempen kali ini, Husni berkata,fokus GMP adalah rakyat Melayu luar bandar.

Dalam perkembangan berkaitan, didapati calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing masih tidak menyentuh isu nasional itu, dalam siri-siri kempen mereka.

Pun begitu, kempen GMP yang dilaporkan bermula semalam, dijangka sedikit banyaknya mengganggu emosi 66 peratus pengundi Melayu, di sini.

Keputusan kabinet Julai lalu, memansuhkan akta itu secara berperingkat sehingga 2012 ini nampaknya masih meletakkan Umno BN terus dalam tanggapan bersalah. _ TKOdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)