.

Wednesday 7 October 2009

'KJ' Ibarat Burung Merak Yg Cantik, Sayang Bulu Penuh Bertahi | Nizar News

Oleh:CendawanMalaya

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sejak akhir2 ini agak tenggelam penampilannya sejak tidak dilantik dalam kabinet Najib kini cuba menonjolkan semula dirinya pada khalayak umum dengan cuba membangkitkan semula isu yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 10 tahun lalu.


Beliau menuntut supaya pihak polis menyiasat kesahihan berhubung akuan berkanun yang didakwa oleh Abdul Murad dan terbaru pendedahan semula oleh rakan karib DSAI, Datuk S. Nallakarupan yang gagal mencari populariti dalam politik sejak dijatuhkan talak oleh DSAI. Itu belum lagi pendedahan dari Ezam Md Nor, pastinya lagi menarik.

Sudah 10 tahun berlalu, barulah Ahli Parlimen Rembau itu, memandang berat dan terperasan akan kes yang tidak disiasat oleh pihak2 yg berwajib. Kenapa mereka tidak menyiasatnya? Sedangkan isu ini telah ditelanjangkan oleh Murad serta mendapat liputan yg meluas di akhbar2 penjuak UMNO dan seluruh rakyat Malaysia dari yg tahu membaca hinggalah kepada yg buta huruf pun telahpun mengetahuinya.

Siapa Datuk Abdul Murad Khalid? Pada 16 September 1999, 10 tahun lalu, Datuk Murad telah didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mendedahkan maklumat sebenar mengenai saham-saham syarikat Ben Harta Sdn. Bhd. Dan 51 harta dalam pegangannya bernilai RM23 juta. Kemudiannya, Abdul Murad Khalid ini telah dibicarakan pada 13 Mac 2000 dan hanya selepas ditangkap, dan didakwa di mahkamah, barulah Abdul Murad membuat pendedahan tentang Anwar. Dalam persidangan akhbarnya pada 28 Oktober 1999...

Itu berkaitan dengan kes2 yg melibatkan pemimpin2 pembangkang yg tak kurang juga ada yg menang di mahkamah kerana disebabkan difitnah. Namun begitu, Khairy Jamaluddin juga disarankan jangan lupa memandang belakang semula kes2 yg melibatkan pemimpin kanan UMNO suatu ketika dulu seperti isu AP dan banyak lagi yg pernah dibangkit oleh pihak pembankang sejak lebih 10 tahun yg lalu. Namun sehingga kini isu tersebut masih juga tidak disiasat oleh pihak2 berwajib. Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu jangan jadi ibarat burung merak yang cantik bulunya bila mengembang, tetapi mengheret tahi juga bila menguncup. Wallahuaalam.-kulatlapok.blogspot

Sumber : TKOdaily.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist