.

Saturday 3 October 2009

Bagan Pinang - Samseng Pekida mula Mengganas ?? | Nizar VS Zambry


Dilampir gambar-gambar kejadian pertama yg melibatkan laporan polis di UPU Ladang Artherton. Perkara ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan dikhuatiri boleh mengancam ketenteram awam.

Tarikh : 1/10/09
Tempat: di Depan POS UPU Ladang Artherton (Ladang Salak).
Masa : lebih jam 7.00 malam.

Kejadian: Tindakan berani seorang lelaki yg datang meluru dengan sebuah kereta, keluar dari kereta terus mematahkan 5 atau 6 batang bendera PAS di pos Ladang Salak (UPU Ldg Artherton) dihadapan kami serta mengugut petugas PAS yang cuba menghalang tindakan lelaki tersebut.


Kehadiran 2 anggota polis berpakaian biasa yang kebetulan berada di situ yg telah dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku diantara lelaki tersebut dengan petugas-petugas PAS.

Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Lukut jam 8.00 mlm.

Tujuan laporan dibuat kerana rasa takut dan terancam keselamatan petugas dan penyokong di situ sekiranya lelaki tersebut akan membuat tindakan susulan yang lebih teruk lagi.

Laporan juga telah dibuat kepada ketua keselamatan DUN Bgn. Pinang. _ IBNUHASAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist