.

Friday 16 October 2009

Awas...Pakatan Rakyat !!! | Nizar News

Amaran buat Pakatan Rakyat

Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan seharusnya diberikan perhatian yang sangat serius di kalangan pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Penelitian yang serius harus dibuat, bukan kerana calon Pakatan Rakyat tewas' atau calon Barisan Nasional menang di situ.

Pakatan Rakyat sudah menang tujuh kali pilihan raya kecil di Semenanjung. BN baru menang satu. Dari segi nisbahnya amat jauh. Keputusan Bagan Pinang bukan kayu pengukur untuk mengatakan Pakatan Rakyat semakin lemah atau BN semakin kuat.

Walau apapun keputusannya, post-mortem harus dibuat bagi mengenalpasti apakah wujud kelemahan untuk diperhalusi dan diatasi.

Namun, Pakatan Rakyat harus membuat pemerhatian yang serius, kerana kebarangkalian besar pendekatan 'ala Bagan Pinang' akan diadaptasikan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sudah tentu hasil pemerhatian tujuh kali kalah dalam PRK, menjadikan BN cukup matang dan cukup bersedia menghadapi Pakatan Rakyat dengan segala taktik yang terancang. Seterusnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist