.

Friday 4 September 2009

nizar News | Anwar Ibrahim (DSAI) Akan Sertai PAS

Semasa Anwar Ibrahim dalam ABIM, ada ramalan dan desas-desus menyatakan beliau akan menyertai atau akan bergerak aktif dalam UMNO. Kebanyakan kawan, terutama dalam ABIM dan PAS, tidak percaya. Malah, ada yang mengatakan "ramalan sesat" dan "desas-desus karut".

Saya masih ingat suatu ketika, kira-kira jam 12 malam, saya didatangi oleh Ketua ABIM Selangor untuk mengesahkan yang ramalan dan desas-desus itu adalah benar. Beliau sendiri baru balik dari suatu pertemuan bersama rakan-rakan ABIM dengan Anwar. Ketua ABIM Selangor ketika itu macam termenung sahaja. Perkataannya yang menarik ingatan saya ialah"tak sangka", dalam loghat utara.

Kini, Anwar Ibrahim jadi Penasihat PKR merangkap Penyelaras PR dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Beliau dikenali juga sebagai DSAI. Siapa yang tak kenal beliau, bid'ah dhalalah.

Dan kini juga, ada ramalan dan desas-desus yang menyatakan bahawa beliau (DSAI atau Anwar Ibrahim) akan menyertai PAS sebagai parti politik terakhir beliau. Beliau akan menjadi PM Malaysia melalui PAS dan bersara semasa dalam PAS

by Dr. Abdul Wahab Arbain
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist